Sunday, November 6, 2016

Kelas catwalk oleh En. Ery Mohammad (Do The Walk)

Salam Semua

Lama sungguh saya tak ketik kamera saya..
kerana kekangan masa dan juga komiment kerja
Suatu hari saya ternampak sahabat saya post kst FB pasal kelas catwalk dia
saje offer diri nak jadi Jurukamera kelas dia..dan diterima...hehehehe

Disebabkan oleh itu.. saya nak citer mengenai kelas catwak yg dikendalikan oleh sahabat saya 
encik Ery Mohammad.. seorang pengajar catwalk yg bertauliah .
mengambil kursus sebagai tenaga pengajar catwalk di Singapura

30 Nov 2016 bertempat di Base Model Management Kuala Lumpur, Soho Suite
Seramai 9 org peserta wanita menyertai kelas ini. ada yg berasal dari Utara Tanah Air
sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mengambil ilmu dari En Ery

 



Bergambar bersama Ery (5 dari Kanan) dan juga Boss Base model(berbaju hitam) En Azril Kamal








Didalam kelas ini akan diajar cara-cara asas untuk kita bercatwalk di atas pentas peragaan 
Kriteria model dan bidang model apa yg boleh disertai. Disarankan untuk berbaju baju putih dan berseluar jeans
Kasut bertumit tinggi yg sesuai 
WAJIB tumit kasut 5 inci ketatas
Bukan kasut Wegde ye...



Kelas dibahagi kan kepada 2 sessi 

Sessi pagi lebih kepada penerangan secara ringkas apa itu Model
Para peserta akan mendapat tahu bidang mana yg sesuai untuk diri mereka berada berdasar kan beberapa kriteria yg ada pada diri mereka
Samada di bidang pentas peragaan yg High End
Bidang model iklan katalog atau Televisyen  
dan beberapa bidang model yg lain 



Perserta juga diterang mengenai penjagaan diri serta displin sebagai seorang model.
Apa yg perlu dibuat dan apa yg perlu dielak kan 
Nota ringkas juga diberi untuk rujukan dimasa akan datang 

Sessi petang bermula selepas makan tengahari yg disediakan oleh pihak katering 
Nah ..maka bermula latihan asas berjalan kucing..hihihihih
bersilang2 kaki para perserta. tapi itulah asas catwalk.. atau selalu disebut Cikgu Ery
Cross Over Leg..bak kata org dulu2. jalan berlenggang...








Mereka diajar beberapa langkah dlm bidang peragaan pentas
Pose di depan ..cara pusing untuk patah balik 
berenti di tengah pentas dan juga undur 3 langkah 
(nie translate dari english yg di sebut oleh Ery)

Terasa sakit  juga kaki model2 nie..siap pakai plaster lagi ...dekat 3@4 jam tak buka kasut tumit tinggi ...mana tak  sakit kaki...tapi demi ilmu yg dicari..dorang tetap terus juga..

Yang sepecial nyer ..Boss Base Model pun join sekaki..siap pakai kasut tumit juga tu
Caya lah Boss..Thumb up for you





Setelah penat lelah..lenguh kaki..
ada juga yg bengak kot..
Maka sampai masa untuk diberi sijil tanda tamat sudah kelas Catwalk 


Harap para perserta dapat mengunakan ilmu yg dipelajari untuk maju selakah lagi dalam bidang peragaan ini









Sebelum bersurai sepenuh nyer..Boss Base Model Management membenarkan kami untuk melihat keadaan pejabat dan juga akedemi Base Model ini
Sekurangnyer dpat juga kami melihat cara agensi ini menjalan kan perniagaan mereka
Masing2 tak lepas peluang berselfi disini..Bukan senang nak melawat agensi terkenal ini dan siapa tahu, suatu hari nanti dapat joins agensi Base Model Management ini..Rezeki masing2 kata org..


Akhir kata ..kalau ada yg berminat nak mengikuti kelas Catwalk Oleh En Ery 
boleh hubungi beliau di talian +6019-305-2085 untuk booking kelas seterusnyer
Jangan lupa juga like Fb Page Do The Walk dan Follow Ery di instagram.com/dothewalk/

Pstt..saya pun baru buka Insta nie..cari lah gs.steno..nanti saya folow balik..

Semoga kita Berjumpa Lagi - Terima kasih sudi singgah di sini

Inspiring Moment - Capture Your Moment 










2 comments:

  1. Bang, nice write up bang. Very casual tapi impact BEST.

    Thanks again my sahabat Brother Gs

    ReplyDelete