Sunday, November 20, 2016

Hari Sukan SRAI Sg Chinchin Gombak

Salam Semua

 Pada 10 Nov yg lalu, Sekolah Anak saya Naqib telah mengadakan hari sukan untuk tahun 2016.
disebabkan diadakan di hari berkerja. Kenalah ambil cuti. Untuk beri sokongan kepada anak

sedikit info mengenai sekolah anak saya nie..SRAI atau Sekolah Rendah Agama Intergrasi merupakan sekolah satu seesi yg menggabung aliran akademi dan aliran agama
Diuruskan serta dikendali oleh Jabatan Agama dan diselia oleh Kementerian Pelajaran
Sekolah ini mempunyai status sebagai Sekolah Swasta dibawah KPM.

Berbalik pada acara sukan. Setiap murid dan guru dibahagikan kepada 4 rumah sukan
Biru, Hijau, Merah dan Kuning, Anak saya, ahli rumah kuning


Yang paling hujung belah kiri tu anak saya..Naqib



Majlis dimukan dgn perarakan masuk setiap rumah sukan di padang perhimpunan
setiap rumah akan membuat 'WAR CRY' mereka sendiri atau kata2 semangat



Bersiap sedia untuk perarakan  masuk 



Sebelum bermulanya acara permainan, murid akan membuat regangan serta sessi pemanas badan yg diketuai oleh cikgu sendiri.. siap ada senamrobik tau..3 lagu...seronok lah murid2 nie menari..




Acara sukan dibahagikan kepada 2 sessi..pagi dan petang, Setiap darjah akan bermain 2 permainan
satu di waktu pagi dan juga satu di waktu petang dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid lelaki dan murid perempuan






Apabila masuk waktu zohor, acara berenti rehat untuk memberi laluan kepada murid makan tengahari serta menunaikan solat zohor. Cuaca pada ketika itu mendung dan mungkin akan hujan lebat, Tetapi para cikgu berdoa agar majlis hari ini berjalan dgn jaya nyer

lebih kurang jam 2.15 ptg, acara disambung dgn permaianan kedua. Hujan telah mula turun dlm keadaan renyai..Alhamdullilah tidaklah lebat..bolehlah diteruskan acara







Setelah selesai semua acara unutk murid, Maka tibalah acara sukan tuk para guru
seperti yg saya katakan awal2 tadi..Guru pun ada rumah sukan masing2..Acara ini juga dikira markah untuk menentukan kedudukan rumah sukan masing-masing

Para guru diminta sediakan kain batik atau pelikat. Kain digunakan sebagai perantaraan untuk menyambut belon air. Dari point A ke point B.
Siapa yg paling byk belon nyer dan tidak pecah dikira sebagai pemenang




Habis je acara guru ..murid yg lain berkejar nak ambil belon serta baling sesama sendiri
Yelah. belon ada air..seronok pecahkan kat orang..hahahaha


Acara xda dlm senarai..Pecah belon ...seronok dorang..Budak2 katakan...

Maka tiba acara penyampaian hadiah..Anak saya dpt johan dlm kedua-dua permainan ..Memang itu pun yg dia harap kan ..menang emas dalam acara yg diwakilnyer




Untuk rumah juga diumumkan pemenang untuk beberapa kategori, Rumah tercantik, rumah kreatif dan inovatif. Kebersihan dan dispilin..Tetapi yg paling ditunggu, mestilah juara keseleruhan
Dan pemenang nyer adalah.....Rumah BIRU...Yeahh
( rumah kuning dapat last..keempat..xpa..yang penting happy selepas penat belajar sepanjang tahun )





Selesai sudah acara sukan SRAI untuk tahun 2016
maka bermula sessi bergambar berkumpulan untuk setiap rumah





Ok..selesai acara. murid2 dibenar balik dlm jam 3.20..Mmg masa sekolah dorang habis dlm kul 3.3o pun..sebab tu acara sukan nie panjang..masa sekolah digunakan sepenuhnyer sampai habis

Ok semua ..semuga kita jumpa lagi di cerita akan datang In Shaa Allah

P/S..bawah nie gambar2 yg diambil oleh anak saya..practice ambil gambar katanyer nyer..hihihih


 


INSPIRING MOMENT - CAPTURE INSPIRE MOMENT OF YOU