Wednesday, September 16, 2015

Malaysia.Bagaimana Ia Dibentuk

Salam Semua..
Sempena bulan Sepetember ini saya ingin mencerita kan mengenai sejarah pembentukan Negara yg kita cintai iaitu MALAYSIA..

Tarikh 31 Ogos  yg setiap tahun kita sambut ada hari Kemerdekaan Tanah Melayu..Tarikh itu semua org tahu tak kira dari budak umur kecik sampai lah para perjuang yg masih hidup sehingga hari ini
Bila tiba tarikh itu maka kita semua akan melaung kan MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
Dan Jalur Gemilang akan berkibar Semegah Megah nya

Tapi berapa ramai tahu pasal tarikh 16 September nie...Ramai yg tertanya2
Bila ia Diistihar kan sebagai Cuti Umum pada tahun 2010..generasi yg baru tahu
sejarah  Malaysia yang di bentuk pada 16 Sept 1963 dan kini tarikh ini dikenali sebagai Hari Malaysia


Tarikh ini juga adalah Tarikh Istimewa bagi saya..sebab Apa?....

"Selamat Hari Lahir saya ucapkan pada Isteri saya..Atie"



PENDAHULUAN

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia 

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA

1. Filipina 

Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia

Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.

16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.


Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia


Sumber dari Internet




G.S Guilto Steno

guiltstein@gmail.com

whatapp : 011-26280212


Inspirasi Kenangan Indah 





Sunday, September 6, 2015

Pantang Larang Bila Ambil Juruphoto Perkahwinan

Salam semua

Pengalaman saya sebagai juruphoto perkahwinan mmg mencabar
bukan senang nak puas kan hati semua pihak
tetapi kami juga manusia. Ada hati dan perasaan
kami boleh bertolak ansur kalau pihak pengantin pun boleh berlebih kurang
benda nie semua bebalik pada bayaran yg diminta oleh pengantin\
Bak kata kawan photog saya

"u pay monkey..u get monkey"


Senarai 25 pantang bagi jurufoto. Kalau terjadi juga, biasanya jurufoto ada beberapa option :

A. shoot ala kadar (lantak kau lah)
B. membebel sepanjang majlis (mulut berkumat kamit)
C. kurang shoot kat area tersebut.
D. hisap vape atau rokok sekotak sampai abis majlis.
E. kemas beg balik, buat status nangis.
F. berdiri tepi pelamin, tersedu sorang-sorang wuwuuuu
Apa dia ? Ini SENARAI PANTANG jurufoto.
1. Pelamin bawah khemah majlis warna kuning, pink, biru.
2. Lampu disko kat belakang pelamin warna tadika.
3. Pelamin tak serupa pelamin.
4. Bilik tidur pengantin yg bersepah-sepah.
5. Pengarah majlis ada 8 orang. Komplen je kejenyer. Suruh itu ini.
6. 15 orang serah hp masing-masing suruh photog shoot kan.
7. Asal shoot je kau nak tengok, asal shoot je kau nak tengok.
8. Sibuk nak bergambar belakang meja makan pengantin time tgh mkn.
9. Kaki lepak kat pelamin.
10. Kaki selfie tak sudah-sudah depan pelamin.
11. Group photo muka yg sama berkali-kali kecuali pengantin.
12. Belum habis majlis dah tanya bila siap gambar.
13. Makeup buruk salahkan photographer.
14. Gambar cantik puji butik dan makeup artist.
15. Ambil pakej paling murah mintak yg paling the best.
16. Pengantin mata suka tengok merata-rata (melilau)
17. Pengantin lelaki yg suka lari dari sesi foto.
18. Keluarga pengantin yg liat nak berfoto bila dipanggil berkali2.
19. Waktu nikah semua nak duduk rapat sesempit boleh.
20. Hulur handphone depan kamera jurufoto time tgh bertugas.
21. Suruh shoot makeup mula smpai abis, nk pakai 2 keping je.
22. Bila kita candid dia mengelak, bila ajak berfoto, dia tak mau.
23. Budak2 xpham bahasa usik barang kamera, mak bapak tgk buat donno.
24. Dah posing 24 jenis pose, makcik tanya itu je? lagi takde?
25. Cakap kat jurufoto "awak shoot unlimitedkan, shoot la lagi"

Di petik dari FB : TWP Directory


Sampai Berjumpa lagi di lain waktu



G.S Guilto Steno

guiltstein@gmail.com

whatapp : 011-26280212


Inspirasi Kenangan Indah 






Wednesday, September 2, 2015

Portrait shoot Gadis Pantai Timur

Salam semua

Lama nyer saya tak updated apa kat sini
atas sebab ke'busy'an kerja dan ketandusan idea tuk post disini

Hari nie tiada apa yg ingin di story mory kan
Hanya sekadar gambar yg diambil oleh saya pada tempoh hari
sebagai brush up skill photografer saya yg dah hampir berkarat
pasal dok simpan lama bebenor..hihihi

Gadis yg berasal dari Terengganu
Senang di panggil dgn nama Rubi
Seorang pelajar tahun akhir yg menuntut di UIA di dalam bidang Sains Kemanusiaan
Minat untuk bergaya dan bergambar dan ingin mencemburi  di dalam bidang
peragaan sekiranya  di beri peluang

Karya dari saya yg tidak seberapa ini.. :)













Sekian sahaja dari saya untuk kali 
Mana-mana yg nak photoshoot boleh lah hubungi saya nanti 
In Shaa Allah.. akan saya beri yg terbaik..
Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang. In Shaa Allah 

G.S Guilto Steno
guiltstein@gmail.com
Whatapps - 011-2628-0212

Damai Itu Indah 



Friday, June 5, 2015

Kenapa Photographer Charge Pakaj Gambar Perkhawinan Mahal?

Salam Semua..

Tajuk yg agak panas juga kali ini saya nak tekan kan..

Kebanyakan org pikir ambil gambar nie mudah ..tgk kat kamera..tekan jelah ...apa yg susah sgt nak ambil gambar pun.. betul tak?...Soo..napa nak kena kan harga yg mahal2..kerja senang je pun..main tekan2...tu pun nak berkira sangat ke?...hihihihi...

Hakikat nyer tidak semudah yg di sangkakan...TAK PERCAYA..leh cuba sendiri...saya boleh tolong guidekan.. :)


Saya ingin terangkan secara ringkas kenapa ye harga photographer agak mahal?

KOS TETAP
Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera.
Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan kamera kami kebanyakkannya dalam lingkungan RM7,000 hingga RM10,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
Biasanye, harga satu flash atau speedlite pun dah RM1400 ke atas. Kalau kita buat pakej yang dapat untung baru RM200 – 300 sahaja.
(buatnya lepas majlis, speedlite itu rosak?Tak ke dah negatif keuntungannye tu?Jadi, kena pertimbangkan semua tu dlm kos pakej)
Selain dari itu, ramai yang tidak tahu yang kamera ini ada had bilangan gambar yang boleh diambil. Kamera kami hanya boleh mengambil gambar sekitar 150 000 keping maksima. Selepas itu kamera perlu dihantar ke service centre untuk menggantikan shutter (sistem petikan kamera) yang baru.
Kos minima untuk service ini ialah RM1000. Dengan kata lain satu petikan kamera bernilai RM 0.007. Setiap kali majlis, petikan minima yang biasa jurugambar lakukan sekitar 1000 kali. Bermakna kos shutter sahaja adalah RM 6.67. Kami tidak boleh guna kamera itu selama-lamanya, ada had, sampai masa perlu service atau beli kamera yang baru.
(senang-senang je kami terpaksa tanggung kos sekali lagi dalam lingkungan RM7,000 hingga RM10,000 minima)


KOS MASA BEKERJA
Bagi saya ni merupakan perkara paling penting.
Sebagai contoh majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam).
Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih dari beribu-ribu keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tidak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula.
Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga yang anda rasa sesuai untuk diri anda?


KOS ALBUM
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album. Re-printing juga perlu jika kualiti tak memuaskan. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.


KOS PROFESSIONAL
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif, tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain.
Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang.
Anda membayar untuk “skill” mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama… Betulkan?? Begitu jugalah jurugambar professional.


SELECTING & EDIT

Rasanya semua photographer sedikit sebanyak edit gambar.. (termasuk saya..hihi :p) Satu editing mengambil masa 5 minit ke 10 minit bagi sekeping gambar! (belum lagi kira masa yang dihabiskan menyiapkan custom album…~) Tapi, bila kita setting siap-siap pada kamera, dapatlah jimatkan masa untuk editing.
Katakanlah, gambar yang diambil gelap sedikit atas faktor-faktor persekitaran. Kalau cuci, confirmed gelap kan? Kena juga adjust lighting dalam photoshop/ lightroom untuk cerahkan sikit. Kalau 1 gambar ok la, tapi perlu lihat satu-satu gambar untuk pastikan semuanya ok.. (huhu.. kira la masa yang dihabiskan untuk mentelaah satu-satu gambar… Faham-faham ajala ye)
Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album apatah lagi ungkapan “tangkap gambar je pun” yang sering saya dengar dari segelintir masyarakat kita


Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar servis photography. 

Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu?
 Dengan kos-kos yang saya dan rakan-rakan tanggung, patut atau tidak harga pakej kami seperti sekarang?


Sebenarnya apa juga benda dalam dunia ni ada nilainya sendiri. Walaupun tak semua tapi biasanya benda yang baik tu nilainya lebih tinggi sesuai dengan kualitinya.
Tidak wajar kita harapkan keselesaan dan ciri2 kereta seperti BMW kalau kita hanya membayar harga sebuah kereta kancil.
Sama je dalam bidang photography ni.

Kita tak boleh harapkan hasil hebat seperti photographer full timer tetapi cuma hire photographer yang harga murah-murah. Ini tak adil buat mereka sebab pengalaman, skill dan equipment mereka jauh berbeza.

 Setiap photographer juga biasanya mempunyai style mereka sendiri. Janganlah pula menyuruh mereka mengubah style untuk ikut style photographer lain.
 Memang boleh tapi mungkin mereka tak dapat buat sebaik orang itu
 Ia macam suruh Cristiano Ronaldo main badminton lah, bolehlah main tapi macam bengonglah nampaknya kalau lawan Lee Chong Wei, haha.

Kesimpulannya kalau kita bijak memilih mungkin kita dapat hire photographer yang baik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena sentiasa ingat kemampuan dan kemahiran setiap orang berbeza. Kita akan dapat hasil dari apa yang kita bayar. Mungkin ia satu bonus kalau kita dapat hasil lebih baik dari jangkaan kita.


Saya harap perkongsian ini dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Mungkin ada pihak yang mempunyai pandangan tersendiri. Jika tersilap kata bicara, menyinggung mana-mana pihak. Saya mohon maaf.
Wallahua’lam."




Salam Dari Saya G.S @ Putra

' Damai itu Indah'

Tuesday, May 26, 2015

INSPIRE WITHIN (PERSONAL IMAGE & INTERPERSONAL SKILLS)

Assalammualaikum

Hari nie saya nak bercerita pasal Inspire Within atau IW
IW merupakan kelas untuk mengajar para2 gadis atau jejaka, asas untuk menjadi Model
atau biasa disebut di kalangan Photog sebagai 'Talent'(Model To Be)
Malah pada sesiapa yg ingin meningkatkan keyakinan diri dari pelbagai peringkat usia dan size badan

Apa yg di ajar di dalam kelas ini?

  • Asas tatarias
  • Kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang Pro Model
  • Sudut atau kedudukan badan yg menarik  untuk bergambar
  • Meningkatkan keyakinan dan pesonaliti 
  • Cara- Cara berjalan di pentas peragaan( Catwalk)
  • Sessi bergambar ibarat dlm situasi sebenar
Kelas ini Diajar oleh Puan Hayati Hashim, Pemilik butik Sentuhan Bussaina
Beliau mempunyai pengalaman sebagai seorang juru mekap (MUA-Make Up Artist)
dan juga dalam bidang modelling dan catwalk
Juga mengajar kelas Tatarias untuk orang peseorangan atau kumpulan


Bagi sesi Pesonaliti, Kelas ini diajar oleh Pn Mira Nur Herrisa
Pakar Perunding Image yg bertauliah dan juga pemilik Persona Image Consultancy & Training 

Para pelajar juga akan di beri peluang untuk menggayakan pakaian-pakaian yg menarik dari Sentuhan Bussaina agar dapat merasa sendiri seperti suasana sebenar dalam majlis peragaan

Akhir sekali sessi bergambar yg diurus oleh jurugambar yg berpengalaman dalam bidang peragaan 

Kelas ini juga telah memasuki sesi yg ke sebelas. Banyak juga tu.. :)


Sebarang pertanyaan mengenai Kelas Inspire Within ini 
Sila hubungi terus Pn Hayati Hashim di talian +6017 - 456 2645
                     : https://www.facebook.com/sentuhanbussaina

atau datang terus ke butik Four Seasons Exprerience of Sentuhan Bussaina
di alamat seperti di bawah

No 20A Jalan Selaseh 18
Taman Selaseh(Fasa 2)
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan


Tak lupa juga yg nak hubungi Pn Mira. 
Manalah tahu ada yg nak tukar image agar kelihatan lebih bergaya dan berkeyakinan
Pun boleh tuk para2 persatuan atau syarikat pesendirian dan swasta

Masa untuk melihat gambar2 yg di shoot oleh saya sewaktu di kelas ini 
Gambar ini adalah sewaktu sessi yg ke sebelas 


Poster atau Iklan Kelas IW





Pn Mira sedang d tatarias oleh Puan Hayati

Tekun mendengar tip2 yg diberi oleh Cikgu Mira :)





Pelajaran  Jalan kucing (Catwalk) oleh Pn Hayati









Latihan ' Catwalk'..Lenggok kena betul cam kucing tau..


 Juga diajar cara -cara untuk memperagakan produk










Ini bukan nak jawab kertas soalan ujian ye...
Sessi bergambar bersama tenaga pengajar










































Salam Dari Saya G.S @ Putra
' Damai itu Indah'



Thursday, May 21, 2015

Aperture atau Bukaan lensa

Assalamualaikum semua

Untuk menjadi seorang jurugambar..
kita mesti tahu fungsi kamera tu sendiri

(Pssst...Saya pun masih lagi belajar psl kamera nie..belum pro pun..hihihi)

Salah satu asas yg perlu kita tahu atau faham adalah Apeture atau bukaan lensa

APERTURE merupakan saiz bukaan pada lensa..Ia menentukan jumlah cahaya yg akan masuk dalam kamera, yakni filem atau sensor(digital Kamera) . Saiz bukaan ini dikawal oleh 'aperture blade'
Ia menyerupai sekeping Diafram didalam lensa, Bukaan ini juga akan mempengaruhi 'Exposure' atau 'depth of field' sesuatu Imej itu  Apeture selalunyer dirujuk dalam format F-stop



Keadaan bukaan bilah didalam lensa

Ukuran bukaan ini agak unik kerana semakin kecik angkanya. semakin besar bukaan bilah lensa ini




Bilah Aperture dlm bukaan besar

Bilah Aperture dlm bukaan kecik



Pernah dengar perkataan BOKEH yg selalu disebut oleh kebanyakan Photog
Bokeh merupakan perkataan dari Jepun yg membawa maksud Kabur.
Disini peranan Aperture menentukan bokeh atau 'depth of field' sesuatu imej

Semakin besar bukaan itu, ruang tajam atau perincian gambar semakin kecil sehingga latar belakang menjadi kabur daripada bukaan kecil.


Gambar dikiri diamabil dgn bukaan  f/2.8 manakala gambar di kanan diambil dgn bukaan  f/8.0

Seperti contoh di atas,kita dapati dgn menukar bukaan dari f/2.8 ke f/8.0 membawa impak yg besar kepada subjek yg di fokus dan kabur nye latar belakang itu atau dipanggil Bokeh... :)

Bukaan ini bergantung pada jenis lensa..Ada lensa yg mempunyai bukaan f/1.4 dan juga juga lensa yg punyai bukaan f/4
Bukaan ini akan tertulis di badan lensa tersebut

Contoh lensa dgn bukaan yg berbeza dan berubah mengikut Focal point
Lensa dengan bukaan tetap f/1.4

Saya harap anda dapat memahami apa itu Aperture dgn sedikit info dari saya ini
Boleh Google untuk lebih info dan maklumat lanjut mengenai Aperture ini 

Saya akan cuba mencari info asas yg lain mengenai kamera dilain masa :)

Semoga kita bertemu lagi..In Shaa Allah

Salam Dari Saya G.S @ Putra

*Sumber info dan gambar dari Internet


Sunday, May 17, 2015

Photoshoot Si Gadis Blogger Cik Iena Eliena


Assalamualaikum

Sebahagian Gambar Iena Eliena yg saya shoot
Seorang programmer dan juga part time Modelling
bab makeup pun pandai juga
Now aktif sebagai blogger.
Sila lah lawat blog cik Iena nie
http://www.ienaeliena.com




Bersama anak-anak saya...Anak dara saya pun cam ada bakat nak ikut jejak si Iena

Underwater photoshoot..test cover DSLR..tp sekarang dah tak boleh pakai ..dah bocor...kena cari ganti nyer
baru boleh samb shoot dlm air.. :)











Conceptual Photo Shoot- Samurai Theme
Cik Iena siap cari dan beli baju khas untuk outing
Idea timbul sewaktu kami holiday di Pulau Pinang
borong beli pedang kayu dan set tuk buat tema nie

Kawasan shoot di kebun cik iena..bila dah siap berpakaian
hari lak hujan..pasal semua dah siap..terus kan juga walupun hujan lebat
Keadaan cuaca yg mendung dan hujan menambah kan effect gambar nie
cahaya yg cukup dan hujan menyebabkan baju yg cik iena pakai kelihatan bersinar
Terbaik....













Photoshot Gadis Bunga
Lokasi di Taman Tasik Titiwangsa
 Assigment Spring or Summer Fashion
Sewaktu tgh survey kawasan yg sesuai ..
ternampak bunga-bunga kecik berwarna kuning tumbuh di padang 
kontra sangat dgn hijau rumput
Cantikkkkk... 

Gambar ini juga diguna kan oleh cik iena dlm sok kabar ruangan Blogger
lupa pulak sokkabar yg mana..Berita Harian kalau tak silap










Sebahagian dari pertunjukan fesyen yg di sertai oleh Cik iena
Pandai jalan kucing tau cik eina nie...hihihi




Bersama Owner Butik  Hayat Bussaina(tengah) dan para model yg lain 


Nie nama nyer posing tengok kelangit...hahahaha



Terima Kasih saya ucapkan kepada Cik Iena yg sudi melayan kerenah 
saya dlm bab gambar ini..lain kali kita shoot lagi ye


Salam dari saya G.S@Putra