Tuesday, May 26, 2015

INSPIRE WITHIN (PERSONAL IMAGE & INTERPERSONAL SKILLS)

Assalammualaikum

Hari nie saya nak bercerita pasal Inspire Within atau IW
IW merupakan kelas untuk mengajar para2 gadis atau jejaka, asas untuk menjadi Model
atau biasa disebut di kalangan Photog sebagai 'Talent'(Model To Be)
Malah pada sesiapa yg ingin meningkatkan keyakinan diri dari pelbagai peringkat usia dan size badan

Apa yg di ajar di dalam kelas ini?

  • Asas tatarias
  • Kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang Pro Model
  • Sudut atau kedudukan badan yg menarik  untuk bergambar
  • Meningkatkan keyakinan dan pesonaliti 
  • Cara- Cara berjalan di pentas peragaan( Catwalk)
  • Sessi bergambar ibarat dlm situasi sebenar
Kelas ini Diajar oleh Puan Hayati Hashim, Pemilik butik Sentuhan Bussaina
Beliau mempunyai pengalaman sebagai seorang juru mekap (MUA-Make Up Artist)
dan juga dalam bidang modelling dan catwalk
Juga mengajar kelas Tatarias untuk orang peseorangan atau kumpulan


Bagi sesi Pesonaliti, Kelas ini diajar oleh Pn Mira Nur Herrisa
Pakar Perunding Image yg bertauliah dan juga pemilik Persona Image Consultancy & Training 

Para pelajar juga akan di beri peluang untuk menggayakan pakaian-pakaian yg menarik dari Sentuhan Bussaina agar dapat merasa sendiri seperti suasana sebenar dalam majlis peragaan

Akhir sekali sessi bergambar yg diurus oleh jurugambar yg berpengalaman dalam bidang peragaan 

Kelas ini juga telah memasuki sesi yg ke sebelas. Banyak juga tu.. :)


Sebarang pertanyaan mengenai Kelas Inspire Within ini 
Sila hubungi terus Pn Hayati Hashim di talian +6017 - 456 2645
                     : https://www.facebook.com/sentuhanbussaina

atau datang terus ke butik Four Seasons Exprerience of Sentuhan Bussaina
di alamat seperti di bawah

No 20A Jalan Selaseh 18
Taman Selaseh(Fasa 2)
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan


Tak lupa juga yg nak hubungi Pn Mira. 
Manalah tahu ada yg nak tukar image agar kelihatan lebih bergaya dan berkeyakinan
Pun boleh tuk para2 persatuan atau syarikat pesendirian dan swasta

Masa untuk melihat gambar2 yg di shoot oleh saya sewaktu di kelas ini 
Gambar ini adalah sewaktu sessi yg ke sebelas 


Poster atau Iklan Kelas IW





Pn Mira sedang d tatarias oleh Puan Hayati

Tekun mendengar tip2 yg diberi oleh Cikgu Mira :)





Pelajaran  Jalan kucing (Catwalk) oleh Pn Hayati









Latihan ' Catwalk'..Lenggok kena betul cam kucing tau..


 Juga diajar cara -cara untuk memperagakan produk










Ini bukan nak jawab kertas soalan ujian ye...
Sessi bergambar bersama tenaga pengajar










































Salam Dari Saya G.S @ Putra
' Damai itu Indah'



Thursday, May 21, 2015

Aperture atau Bukaan lensa

Assalamualaikum semua

Untuk menjadi seorang jurugambar..
kita mesti tahu fungsi kamera tu sendiri

(Pssst...Saya pun masih lagi belajar psl kamera nie..belum pro pun..hihihi)

Salah satu asas yg perlu kita tahu atau faham adalah Apeture atau bukaan lensa

APERTURE merupakan saiz bukaan pada lensa..Ia menentukan jumlah cahaya yg akan masuk dalam kamera, yakni filem atau sensor(digital Kamera) . Saiz bukaan ini dikawal oleh 'aperture blade'
Ia menyerupai sekeping Diafram didalam lensa, Bukaan ini juga akan mempengaruhi 'Exposure' atau 'depth of field' sesuatu Imej itu  Apeture selalunyer dirujuk dalam format F-stop



Keadaan bukaan bilah didalam lensa

Ukuran bukaan ini agak unik kerana semakin kecik angkanya. semakin besar bukaan bilah lensa ini




Bilah Aperture dlm bukaan besar

Bilah Aperture dlm bukaan kecik



Pernah dengar perkataan BOKEH yg selalu disebut oleh kebanyakan Photog
Bokeh merupakan perkataan dari Jepun yg membawa maksud Kabur.
Disini peranan Aperture menentukan bokeh atau 'depth of field' sesuatu imej

Semakin besar bukaan itu, ruang tajam atau perincian gambar semakin kecil sehingga latar belakang menjadi kabur daripada bukaan kecil.


Gambar dikiri diamabil dgn bukaan  f/2.8 manakala gambar di kanan diambil dgn bukaan  f/8.0

Seperti contoh di atas,kita dapati dgn menukar bukaan dari f/2.8 ke f/8.0 membawa impak yg besar kepada subjek yg di fokus dan kabur nye latar belakang itu atau dipanggil Bokeh... :)

Bukaan ini bergantung pada jenis lensa..Ada lensa yg mempunyai bukaan f/1.4 dan juga juga lensa yg punyai bukaan f/4
Bukaan ini akan tertulis di badan lensa tersebut

Contoh lensa dgn bukaan yg berbeza dan berubah mengikut Focal point
Lensa dengan bukaan tetap f/1.4

Saya harap anda dapat memahami apa itu Aperture dgn sedikit info dari saya ini
Boleh Google untuk lebih info dan maklumat lanjut mengenai Aperture ini 

Saya akan cuba mencari info asas yg lain mengenai kamera dilain masa :)

Semoga kita bertemu lagi..In Shaa Allah

Salam Dari Saya G.S @ Putra

*Sumber info dan gambar dari Internet


Sunday, May 17, 2015

Photoshoot Si Gadis Blogger Cik Iena Eliena


Assalamualaikum

Sebahagian Gambar Iena Eliena yg saya shoot
Seorang programmer dan juga part time Modelling
bab makeup pun pandai juga
Now aktif sebagai blogger.
Sila lah lawat blog cik Iena nie
http://www.ienaeliena.com




Bersama anak-anak saya...Anak dara saya pun cam ada bakat nak ikut jejak si Iena

Underwater photoshoot..test cover DSLR..tp sekarang dah tak boleh pakai ..dah bocor...kena cari ganti nyer
baru boleh samb shoot dlm air.. :)











Conceptual Photo Shoot- Samurai Theme
Cik Iena siap cari dan beli baju khas untuk outing
Idea timbul sewaktu kami holiday di Pulau Pinang
borong beli pedang kayu dan set tuk buat tema nie

Kawasan shoot di kebun cik iena..bila dah siap berpakaian
hari lak hujan..pasal semua dah siap..terus kan juga walupun hujan lebat
Keadaan cuaca yg mendung dan hujan menambah kan effect gambar nie
cahaya yg cukup dan hujan menyebabkan baju yg cik iena pakai kelihatan bersinar
Terbaik....













Photoshot Gadis Bunga
Lokasi di Taman Tasik Titiwangsa
 Assigment Spring or Summer Fashion
Sewaktu tgh survey kawasan yg sesuai ..
ternampak bunga-bunga kecik berwarna kuning tumbuh di padang 
kontra sangat dgn hijau rumput
Cantikkkkk... 

Gambar ini juga diguna kan oleh cik iena dlm sok kabar ruangan Blogger
lupa pulak sokkabar yg mana..Berita Harian kalau tak silap










Sebahagian dari pertunjukan fesyen yg di sertai oleh Cik iena
Pandai jalan kucing tau cik eina nie...hihihi




Bersama Owner Butik  Hayat Bussaina(tengah) dan para model yg lain 


Nie nama nyer posing tengok kelangit...hahahaha



Terima Kasih saya ucapkan kepada Cik Iena yg sudi melayan kerenah 
saya dlm bab gambar ini..lain kali kita shoot lagi ye


Salam dari saya G.S@Putra


Nama saya G.S

Assalamualaikum semua
Pertama kali buat blog..
so tak tahu nak start apa dan dari mana

Untuk permulaan saya di kenali sebagai G.S di kalangan rakan2 photog saya di FB
G.S shortform tuk Guilto Steno. Id saya d FB
Saya juga di kenalai sebagai Putra juga..

Karier saya sebagai Freelance Photographer bermula dari tahun 2010
Minat dgn gambar nie dah lama..sejak dari sekolah rendah tapi tulah
waktu kamera SLR sikit punya mahal..parent tak mampu nak beli...so mampu tengok jelah
dah kerja..dpt duit lebeh..baru mampu beli kamera DSLR..

DSLR pertama saya Canon 50D dgn Kit Lens 18-55mm..cukup lah as basic beginner.
dari situ saya mula belajar cara2 yg betul untuk mengambil gambar
sama ada dari kekwan sealiran..youtube dan sumber2 bertulis
Alhamdulilah sekarang nie boleh lah nak shoot gambar yg menarik
nak ckp pro tu tidaklah lagi

saya juga nak minta maaf klu bahasa yg digunakan oleh saya dlm blog ini
berterabur tatabahasa nyer atau dicampur aduk dgn bahasa Inggeris
hanya seorang penulis jalanan je...cewahhh

ok..sampai disini dulu
masih dok godek2 cara2 nak post gambar n belek2 blog nie..
org baru katakan

Salam Pengenalan dari Saya G.S@ Putra :)