Salam Semua..
Tajuk yg agak panas juga kali ini saya nak tekan kan..
Kebanyakan org pikir ambil gambar nie mudah ..tgk kat kamera..tekan jelah ...apa yg susah sgt nak ambil gambar pun.. betul tak?...Soo..napa nak kena kan harga yg mahal2..kerja senang je pun..main tekan2...tu pun nak berkira sangat ke?...hihihihi...
Hakikat nyer tidak semudah yg di sangkakan...TAK PERCAYA..leh cuba sendiri...saya boleh tolong guidekan.. :)
Saya ingin terangkan secara ringkas kenapa ye harga photographer agak mahal?
Tajuk yg agak panas juga kali ini saya nak tekan kan..
Kebanyakan org pikir ambil gambar nie mudah ..tgk kat kamera..tekan jelah ...apa yg susah sgt nak ambil gambar pun.. betul tak?...Soo..napa nak kena kan harga yg mahal2..kerja senang je pun..main tekan2...tu pun nak berkira sangat ke?...hihihihi...
Hakikat nyer tidak semudah yg di sangkakan...TAK PERCAYA..leh cuba sendiri...saya boleh tolong guidekan.. :)
Saya ingin terangkan secara ringkas kenapa ye harga photographer agak mahal?
KOS TETAP
Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera.
Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan kamera kami kebanyakkannya dalam lingkungan RM7,000 hingga RM10,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
Biasanye, harga satu flash atau speedlite pun dah RM1400 ke atas. Kalau kita buat pakej yang dapat untung baru RM200 – 300 sahaja.
(buatnya lepas majlis, speedlite itu rosak?Tak ke dah negatif keuntungannye tu?Jadi, kena pertimbangkan semua tu dlm kos pakej)
Selain dari itu, ramai yang tidak tahu yang kamera ini ada had bilangan gambar yang boleh diambil. Kamera kami hanya boleh mengambil gambar sekitar 150 000 keping maksima. Selepas itu kamera perlu dihantar ke service centre untuk menggantikan shutter (sistem petikan kamera) yang baru.
Kos minima untuk service ini ialah RM1000. Dengan kata lain satu petikan kamera bernilai RM 0.007. Setiap kali majlis, petikan minima yang biasa jurugambar lakukan sekitar 1000 kali. Bermakna kos shutter sahaja adalah RM 6.67. Kami tidak boleh guna kamera itu selama-lamanya, ada had, sampai masa perlu service atau beli kamera yang baru.
(senang-senang je kami terpaksa tanggung kos sekali lagi dalam lingkungan RM7,000 hingga RM10,000 minima)
KOS MASA BEKERJA
Bagi saya ni merupakan perkara paling penting.
Sebagai contoh majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam).
Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih dari beribu-ribu keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tidak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula.
Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga yang anda rasa sesuai untuk diri anda?
KOS ALBUM
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album. Re-printing juga perlu jika kualiti tak memuaskan. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
KOS PROFESSIONAL
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif, tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain.
Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang.
Anda membayar untuk “skill” mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama… Betulkan?? Begitu jugalah jurugambar professional.
SELECTING & EDIT
Rasanya semua photographer sedikit sebanyak edit gambar.. (termasuk saya..hihi :p) Satu editing mengambil masa 5 minit ke 10 minit bagi sekeping gambar! (belum lagi kira masa yang dihabiskan menyiapkan custom album…~) Tapi, bila kita setting siap-siap pada kamera, dapatlah jimatkan masa untuk editing.
Katakanlah, gambar yang diambil gelap sedikit atas faktor-faktor persekitaran. Kalau cuci, confirmed gelap kan? Kena juga adjust lighting dalam photoshop/ lightroom untuk cerahkan sikit. Kalau 1 gambar ok la, tapi perlu lihat satu-satu gambar untuk pastikan semuanya ok.. (huhu.. kira la masa yang dihabiskan untuk mentelaah satu-satu gambar… Faham-faham ajala ye)
Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album apatah lagi ungkapan “tangkap gambar je pun” yang sering saya dengar dari segelintir masyarakat kita
Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar servis photography.
Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu?
Dengan kos-kos yang saya dan rakan-rakan tanggung, patut atau tidak harga pakej kami seperti sekarang?
Sebenarnya apa juga benda dalam dunia ni ada nilainya sendiri. Walaupun tak semua tapi biasanya benda yang baik tu nilainya lebih tinggi sesuai dengan kualitinya.
Tidak wajar kita harapkan keselesaan dan ciri2 kereta seperti BMW kalau kita hanya membayar harga sebuah kereta kancil.
Sama je dalam bidang photography ni.
Kita tak boleh harapkan hasil hebat seperti photographer full timer tetapi cuma hire photographer yang harga murah-murah. Ini tak adil buat mereka sebab pengalaman, skill dan equipment mereka jauh berbeza.
Setiap photographer juga biasanya mempunyai style mereka sendiri. Janganlah pula menyuruh mereka mengubah style untuk ikut style photographer lain.
Memang boleh tapi mungkin mereka tak dapat buat sebaik orang itu
Ia macam suruh Cristiano Ronaldo main badminton lah, bolehlah main tapi macam bengonglah nampaknya kalau lawan Lee Chong Wei, haha.
Kesimpulannya kalau kita bijak memilih mungkin kita dapat hire photographer yang baik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena sentiasa ingat kemampuan dan kemahiran setiap orang berbeza. Kita akan dapat hasil dari apa yang kita bayar. Mungkin ia satu bonus kalau kita dapat hasil lebih baik dari jangkaan kita.
Saya harap perkongsian ini dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Mungkin ada pihak yang mempunyai pandangan tersendiri. Jika tersilap kata bicara, menyinggung mana-mana pihak. Saya mohon maaf.
Wallahua’lam."
Salam Dari Saya G.S @ Putra
' Damai itu Indah'
No comments:
Post a Comment