Thursday, May 21, 2015

Aperture atau Bukaan lensa

Assalamualaikum semua

Untuk menjadi seorang jurugambar..
kita mesti tahu fungsi kamera tu sendiri

(Pssst...Saya pun masih lagi belajar psl kamera nie..belum pro pun..hihihi)

Salah satu asas yg perlu kita tahu atau faham adalah Apeture atau bukaan lensa

APERTURE merupakan saiz bukaan pada lensa..Ia menentukan jumlah cahaya yg akan masuk dalam kamera, yakni filem atau sensor(digital Kamera) . Saiz bukaan ini dikawal oleh 'aperture blade'
Ia menyerupai sekeping Diafram didalam lensa, Bukaan ini juga akan mempengaruhi 'Exposure' atau 'depth of field' sesuatu Imej itu  Apeture selalunyer dirujuk dalam format F-stop



Keadaan bukaan bilah didalam lensa

Ukuran bukaan ini agak unik kerana semakin kecik angkanya. semakin besar bukaan bilah lensa ini




Bilah Aperture dlm bukaan besar

Bilah Aperture dlm bukaan kecik



Pernah dengar perkataan BOKEH yg selalu disebut oleh kebanyakan Photog
Bokeh merupakan perkataan dari Jepun yg membawa maksud Kabur.
Disini peranan Aperture menentukan bokeh atau 'depth of field' sesuatu imej

Semakin besar bukaan itu, ruang tajam atau perincian gambar semakin kecil sehingga latar belakang menjadi kabur daripada bukaan kecil.


Gambar dikiri diamabil dgn bukaan  f/2.8 manakala gambar di kanan diambil dgn bukaan  f/8.0

Seperti contoh di atas,kita dapati dgn menukar bukaan dari f/2.8 ke f/8.0 membawa impak yg besar kepada subjek yg di fokus dan kabur nye latar belakang itu atau dipanggil Bokeh... :)

Bukaan ini bergantung pada jenis lensa..Ada lensa yg mempunyai bukaan f/1.4 dan juga juga lensa yg punyai bukaan f/4
Bukaan ini akan tertulis di badan lensa tersebut

Contoh lensa dgn bukaan yg berbeza dan berubah mengikut Focal point
Lensa dengan bukaan tetap f/1.4

Saya harap anda dapat memahami apa itu Aperture dgn sedikit info dari saya ini
Boleh Google untuk lebih info dan maklumat lanjut mengenai Aperture ini 

Saya akan cuba mencari info asas yg lain mengenai kamera dilain masa :)

Semoga kita bertemu lagi..In Shaa Allah

Salam Dari Saya G.S @ Putra

*Sumber info dan gambar dari Internet


2 comments: